Toyota Akan Menjual Robot Mini Mereka, Kirobo Mini Di Jepun Bermula Tahun 2017

Toyota Akan Menjual Robot Mini Mereka, Kirobo Mini Di Jepun Bermula Tahun 2017

Diterbitkan pada Okt 3, 2016 oleh .

Toyota telah memperlihatkan robot bersaiz mini mereka dinamakan sebagai Kirobo Mini pada tahun 2015 lepas. Kini, selang setahun, Toyota kini berkongsi mengatakan ia bakal dijual di Jepun sekitar 2017 kelak.

Toyota Kirobo Mini

Kirobo Mini ini dilihat lebih sebagai sebuah robot mini pintar untuk berkomunikasi dengan anda. Ia boleh mengenal-pasti emosi manusia dan memberikan reaksi berdasarkan kepada emosi seseorang pengguna. Seperti robot lain, ia turut hadir dengan sokongan kecerdasan pintar untuk melakukan beberapa perkara tambahan yang lain.

Di Jepun, Kirobo Mini ini bakal dijual pada harga 39,800 Yen (~RM1623).

Pengenalan robot untuk pengguna umum kini semakin popular dikalangan ramai pengguna, termasuk Asus yang telah memperlihatkan Zenbo sebelum ini, dan dijangka dipasarkan pada tahun depan juga.


TIPS & ULASAN