Cari @ Amanz

Facebook hari ini telah mengumumkan sebuah fungsi baru dinamakan Marketplace, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna untuk berjual-beli dengan pengguna sekeliling mereka dengan mudah. Fungsi ini hanya diperkenalkan di empat negara buat masa ini, dan dijangka diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.

Seperti ramai sedia maklum, Facebook sedia digunakan ramai untuk melakukan aktiviti jual-beli, tetapi dengan fungsi Marketplace ini, ia lebih tersusun dan memudahkan lagi penemuan dikalangan pengguna berdekatan.

Facebook Marketplace

Facebook akan menyertakan sebuah ikon khusus pada bahagian bawah aplikasi yang memfokuskan kepada fungsi Marketplace ini, dan pengguna boleh melihat pelbagai produk atau turut memilih untuk menjual produk mereka sendiri.

Sekiranya ingin menjual produk sendiri, pengguna hanya perlu merakamkan gambar, menambah beberapa informasi dan harga, serta mengesahkan lokasi jualan.

Melalui Facebook Marketplace, ia ditujukan untuk digunakan bersama pada aplikasi iPhone dan Android. Ia dikatakan akan hadir ke web, tetapi mungkin sedikit lambat berbanding pada peranti mudah-alih.

Facebook Marketplace

Dengan kehadiran fungsi ini, kita mungkin boleh melihat ia memberikan sedikit kesan kepada laman jual-beli yang lain – apatah lagi dengan pengguna Facebook yang sangat aktif. Facebook juga mungkin kelak akan mengintegrasikan fungsi bayaran dan sebagainya pada masa akan datang, sekaligus membawa arena e-dagang setapak lagi ke hadapan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkannya untuk pasaran Malaysia. Mungkin kita perlu nantikan sehingga 2017 atau 2018 untuk melihat fungsi ini hadir untuk pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd