Cari @ Amanz

Singapura merupakan antara negara di Asia Tenggara yang bergerak laju dengan perkembangan teknologi. Mereka sebelum ini telah hadir dengan ujian kereta pemanduan automatik, dan kini kerajaan merancang untuk memperkenalkan kerusi roda untuk pesakit yang bergerak sendiri menjelang 2017 kelak.

Melalui projek baru ini, mereka menyasarkan untuk membolehkan penggunaan robotik dan pembelajaran mesin dalam menghantar dan membawa pesakit mengelilingi hospital. Perkara ini sekaligus membolehkan pekerja di hospital memfokuskan kepada tugasan lain.

Kerajaan Singapura menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar Mac 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd