Edisi VR Resident Evil 7 Eksklusif Untuk PlayStation VR Selama Setahun

Edisi VR Resident Evil 7 Eksklusif Untuk PlayStation VR Selama Setahun

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Resident Evil 7 yang akan hadir Januari tahun hadapan membawakan perubahan drastik dari segi corak permainan. Dari beberapa demo yang telah dikeluarkan, RE7 berubah dari permainan pandangan ketiga ke permainan pertama. Perubahan dilakukan bagi memberikan nafas baru kepada siri yang sedikit membosankan sejak kebelakangan ini.

resident-evil-7-psvrFungsi realiti maya turut dihasilkan untuk PlayStation VR. Sebuah iklan yang muncul di Facebook mengesahkan fungsi VR ini adalah eksklusif kepada platform PSVR selama setahun. Ini bermakna pemilik Vive dan Rift perlu menanti selama setahun sebelum versi VR ini boleh dimainkan oleh mereka. Selain daripada itu Batman Arkham VR turut eksklusif untuk konsol ini sehingga Mac 2017.

Kami kurang senang dengan pembelian hak ekslusif oleh pengeluar konsol. Ia menghalang pemain dari menikmati permainan kegemaran mereka secara segera. Kerap kali permainan eksklusif diberikan kepada platform lain dengan lebih banyak nilai tambahan setahun kemudian. Contoh terbaik ialah Rise of The Tomb Raider yang menjadi hak eklusif Xbox One pada konsol. Ia akan dijual untuk PlayStation 4 11 Oktober ini dengan kesemua DLC dan fungsi VR  pada harga jualan lebih murah.


TIPS & ULASAN