Kerangka Modular Magnetik Seakan Moto Mods Dihasilkan Untuk iPhone 7 Dan 7 Plus

Kerangka Modular Magnetik Seakan Moto Mods Dihasilkan Untuk iPhone 7 Dan 7 Plus

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Kerangka untuk peranti ialah sesuatu yang kami rasakan wajib dibeli oleh setiap pemilik. Ia memastikan peranti tidak mudah rosak sehingga mengakibatkan defisit pada akaun bank pemilik. Lebih mahal peranti, lebih mahal kerangka yang harus dibeli bagi memastikan kelangsungan hidup peranti sekiranya malang menimpa. Mophie banyak menghasilkan kerangka untuk peranti pintar. Mereka kini menghasilkan kerangka magnetik modular Hold Force untuk iPhone 7 dan 7 Plus.

mophie-hold-force-1Sistem modular seakan Moto Mods ini mempunyai tiga komponen yang dibeli berasingan. Powerstation Plus Mini ialah power bank dengan kapasiti 4000 mAh yang memberikan kuasa tambahan sehingga 12 jam. Wallet ialah beg duit kecil untuk meletakkan kad kredit, kad bank dan wang kertas. Akhir sekali ialah Folio yang menjadi penutup skrin hadapan peranti. Harga kerangka sahaja ialah $39.95 (~RM 164) manakala aksesori lain dijual pada harga bermula dari $19.99 (~RM 83) sebuah.


TIPS & ULASAN