HeroSurg – Robot Dengan Timbal Balas Haptik Untuk Melakukan Pembedahan Jarak Jauh

HeroSurg – Robot Dengan Timbal Balas Haptik Untuk Melakukan Pembedahan Jarak Jauh

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Di masa hadapan anda tidak perlu ke luar negara untuk menjalani pembedahan di bawah kelolaan pakar luar negara. Sebaliknya robot akan melakukan pembedahan ke atas tubuh anda dan ia dikawal secara kawalan jauh oleh pakar dari jarak ribuan kilometer. Pembedahan jarak jauh menggunakan robot sudah dilakukan sejak 2001 dan sistem sedia ada terus diperhalusi bagi menjadikannya lebih sempurna.herosurg-2

HeroSurg ialah sebuah lagi sistem pembedahan robotik jarak jauh. Ia berbeza dari robot terdahulu kerana mempunyai timbal balas haptik dan tekanan. Jurubedah kini boleh merasa jumlah tekanan pada alat pembedahan. Ini adalah penting untuk melakukan pembedahan lebih kompleks serta sensitif di masa hadapan. Pada waktu yang sama paparan 3D pula memberikan pemandangan lebih tepat kepada jurubedah. Sistem HeroSurg dibangunkan oleh Deakin’s University dari Australia dan Harvard University.

 


TIPS & ULASAN