Dell hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk baru mereka untuk pasaran tempatan, dan memfokuskan kepada penawaran komputer riba Alienware mereka. Menjadi fokus utama adalah komputer riba Alienware 15, dan 17 – dimana kedua-duanya hadir dengan spesifikasi terkini dan kad grafik dari keluarga siri GTX-10.
Alienware 17 hadir dengan skrin bersaiz 17-inci, serta dijana menggunakan cip Intel Core i7 siri-K yang menawarkan sokongan overclock. Komputer riba ini turut hadir dengan pilihan tambahan teknologi pemantauan mata Tobii – yang boleh melihat gerakan mata pengguna, dan memaparkan apa yang berkaitan di skrin. Sejumlah variasi spesifikasi ditawarkan, termasuk memori sehingga 32GB RAM, ruangan storan sehingga 1TB.
Bersama-sama Alienware 17, turut diumumkan adalah Alienware 15 yang hadir dengan NVIDIA GeForce GTX 1060, serta skrin 15.6-inci yang hadir dengan pilihan resolusi sehingga UHD.
Bagi yang inginkan saiz komputer riba kompak pula, Alienware 13 disediakan – yang mana merupakan komputer riba bersaiz paling kecil dibawah jenama Alienware, tetapi turut hadir dengan sokongan kad grafik siri-GTX 10 terkini dan meawarkan sokongan realiti-maya melaluinya.
Di Malaysia, Alienware 17 akan ditawarkan pada harga bermula RM8299, Alienware 15 bermula RM6999. Alienware 13 pula hanya akan hadir ke pasaran Mlaysia sekitar bulan November kelak.