Komputer Desktop, Alienware Aurora Hadir Ke Malaysia – Berharga Bermula RM3999

Komputer Desktop, Alienware Aurora Hadir Ke Malaysia – Berharga Bermula RM3999

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Bersama-sama pengenalan komputer riba Alienware terkini, pihak Dell Malaysia turut telah memperkenalkan komputer desktop terbaru mereka dibawah jenama Alienware untuk pasaran tempatan, iaitu Alienware Aurora. Di Malaysia, komputer riba ini telah ditawarkan sejak bulan Ogos 2016 yang lepas.

Alienware Aurora

Komputer desktop ini hadir dengan fokus menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi, dan pada masa yang sama menyokong permainan pada resolusi 4K serta realiti-maya. Seperti biasa, pihak Dell turut menyertakan sokongan perisian tambahan melalui Alienware Command Center dan juga AlienFX.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan pilihan cip pemprosesan bermula Intel Core i3 generasi ke-6, kad grafik sehingga GeForce GTX 1080M, memori sehingga 16GB, pilihan gabungan 256GB SSD dan 1TB HDD untuk storan, serta hadir menggunakan sistem operasi Windows 10.

Dell mengatakan selain daripada penggunaan untuk permainan, ia juga turut sesuai untuk penggunaan dalam arena penerbitan multimedia – termasuk untuk penyuntingan video, gambar dan sebagainya.

Di Malaysia, versi asas Alienware Aurora dengan cip Intel Core i3 dijual pada harga bermula RM3999.


TIPS & ULASAN