Dell Mengumumkan Inspiron 15 7000 Gaming – Komputer Riba Memfokuskan Permainan Pada Harga Lebih Mampu

Dell Mengumumkan Inspiron 15 7000 Gaming – Komputer Riba Memfokuskan Permainan Pada Harga Lebih Mampu

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Selain pengumuman produk Alienware yang hadir dengan harga sedikit tinggi, pihak Dell Malaysia turut mengambil peluang untuk memperkenalkan komputer riba memfokuskan permainan pada harga yang lebih mampu, iaitu Dell Inspiron Gaming.

Dell Inspiron Gaming

Model yang ditawarkan di Malaysia adalah Dell Inspiron 15 7000 Gaming. Model asas untuk komputer riba ini hadir dengan skrin 15.6-inci dengan kad grafik GTX-960M, cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-6, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 1TB.

Pihak Dell turut menekankan yang mana ia turut menawarkan sedikit elemen rekaan daripada Alienware – terutamanya pada bahagian engsel yang menawarkan pengeluaran haba yang baik.

Di Malaysia, Dell Inspiron 15 7000 Gaming ini ditawarkan pada harga bermula RM3499, dan akan dipasarkan sekitar bulan November 2016 ini.

Dell Inspiron Gaming

Dell Inspiron Gaming


TIPS & ULASAN