Google Dijangka Mengumumkan Set Realiti-Maya Daydream Pertama Awal Pagi Esok

Google Dijangka Mengumumkan Set Realiti-Maya Daydream Pertama Awal Pagi Esok

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Google bakal mengadakan acara media khusus pada awal pagi esok, dimana mereka dijangka mengumumkan sejumlah produk baru, termasuk antaranya telefon pintar Pixel, Chromecast 4K dan beberapa yang lain. Terkini, mengikut laporan baru, Google dikatakan turut akan memperkenalkan peranti Daydream pertama mereka pada acara yang sama.

Daydream merupakan platform realiti-maya daripada Google. Ia turut hadir dengan kandungan khusus untuk realiti-maya, disamping turut menawarkan kemudahan untuk pengeluar mereka-bentuk peranti realiti-maya merka.

Daydream

Daydream merupakan penambahan pada Android, dimana sejumlah peranti baru Android hadir dengan sokongan Daydream. Ini bermaksud, pengguna perlu menggunakan telefon pintar dalam set kepala khusus untuk menikmati kandungan realiti-maya. Melengkapkan set realiti-maya ini adalah sebuah alat-kawalan khusus bagi mengawal permainan dan sebagainya.

Daydream

Dengan kehadiran Google dalam arena ini, ia sekaligus akan memperlihatkan pelbagai syarikat elektronik bersaing dalam arena realiti-maya ini – termasuk HTC melalui Vive, Sony dengan PlayStation VR, dan beberapa pengeluar lain.

Google dijangka berkongsi lanjut mengenai set realiti-maya seumpama Gear VR mereka ini pada acara ini, termasuk berkenaan dengan spesifikasi dan penawaran kandungannya.


TIPS & ULASAN