(Ura-Ura) Apple Mungkin Memperkenalkan iPad Pro Bersaiz 7.9-inci Pada Tahun 2017

(Ura-Ura) Apple Mungkin Memperkenalkan iPad Pro Bersaiz 7.9-inci Pada Tahun 2017

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Desas-desus mengenai produk Apple akan datang bukan sesuatu yang baru. Terkini, menurut salah satu laman dari Jepun, Apple dikatakan akan memperkenalkan tiga tablet baru dibawah jenama iPad Pro pada tahun hadapan.

Menurut laporan berkenaan, Apple akan hadir dengan iPad bersaiz 7.9-inci (iaitu iPad Mini) dengan menggunakan jenama iPad Pro. Tablet ini kelak akan menyertakan empat speaker terbina, dan juga sebuah Smart Connector seperti terdapat pada iPad Pro masa kini.

iPad

Selain daripada itu, Apple turut dijangka turut hadir dengan tablet iPad Pro pada saiz 10.1-inci dan juga 12.9-inci.

Walaubagaimanapun, menurut laporan sama, Apple dikatakan akan mengekalkan bicu audio pada tablet baru ini kelak – yang mana boleh dikatakan sebagai salah satu elemen yang bertentangan dengan hala tuju Apple yang telah membuangnya daripada telefon pintar, dan bercadang melakukan perkara sama pada komputer riba mereka.

Seperti biasa, buat masa ini, ini hanya desas-desus awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN