Carian
WhatsApp Kini Menyokong Lakaran Pada Gambar Dan Video Serta Pelekat Emoji
October 4, 2016 Effi Saharudin

Kemas kini WhatsApp membawakan beberapa fungsi baru bagi meletakkannya setanding dengan aplikasi pemesejan yang lain. Kemas kini terbaru membawakan fungsi lakaran serta pelekat emoji pada gambar. Kedua-dua elemen ini boleh ditambah pada gambar sebelum dikongsi dengan penerima. Kedua-dua fungsi ini turut disokong pada perkongsian video.

whatsapp-kemaskini-2Apabila menggunakan kamera hadapan untuk mengambil gambar, sokongan flash disertakan. Buat masa ini kesemua fungsi yang telah disenaraikan ini akan hadir pada platform Android. Kemas kini untuk iPhone akan hadir dalam masa terdekat.

Komen