Adakah Apple Tidak Menggunakan Nilam Sebenar Pada Lensa iPhone?

Adakah Apple Tidak Menggunakan Nilam Sebenar Pada Lensa iPhone?

Diterbitkan pada Okt 5, 2016 oleh .

Apple mengiklankan lensa yang diperbuat dengan nilam pada iPhone sejak 5S. Lensa nilam ini digunakan kerana lebih tahan calar berbanding kaca biasa. YouTuber terkenal JerryRigsEverything menghasilkan video baru yang mungkin menjadi bukti Apple tidak menggunakan nilam sebenar seperti yang diiklankan. Beliau menyedari lensa iPhone tercalar lebih awal pada skala Mohs berbanding nilam sebenar.

Melalui beberapa ujian yang menyeluruh di atas, beliau mendapati “nilam” pada lensa iPhone bukanlah nilam 100% dan mempunyai sedikit bendasing. Lamina nilam dan kaca berkemungkinan besar digunakan untuk menghasilkan lensa kamera iPhone. Oleh sebab itu tahap ketahanannya lebih rendah berbanding nilam asli. Ini menimbulkan persoalan sama ada tindakan Apple mengiklankan penggunaan nilam pada lensa ini adalah 100% tulus. Pada waktu yang sama tahap tahan calar lensa iPhone masih lebih tinggi berbanding pada peranti pesaing yang hanya menggunakan kaca biasa. Pihak Apple masih belum memberikan jawapan mengenai isu setakat ini.


TIPS & ULASAN