Lenovo Tiada Perancangan Untuk Telefon Windows Disebabkan Oleh Komitmen Microsoft Yang Kurang

Lenovo Tiada Perancangan Untuk Telefon Windows Disebabkan Oleh Komitmen Microsoft Yang Kurang

Diterbitkan pada Okt 4, 2016 oleh .

Windows Phone atau Windows 10 Mobile merupakan satu daripada tiga platform telefon pintar yang popular – selain Android dan iOS. Namun, peranti yang dijana menggunakan Windows 10 Mobile semakin kurang diperkenalkan di pasaran.

Terkini, menyentuh mengenainya, pihak Lenovo mengatakan mereka tiada perancangan untuk memperkenalkan telefon berasaskan Windows Phone dalam masa terdekat ini kerana tidak yakin dengan sokongan Microsoft.

Walaubagaimanapun, pada arena perkomputeran, Windows boleh dikatakan digunakan secara meluas, dan baru-baru ini Microsoft telah mengatakan lebh 400 juta peranti menggunakan Windows 10.

Pada tahun ini sendiri, Microsoft sendiri dilihat tidak begitu memfokuskan kepada peranti Lumia baru. Ia diura-ura akan Microsoft bakal hadir dengan telefon flagship baru menjelang tahun 2017 kelak.


TIPS & ULASAN