Carian
WhatsApp Beta Baru Membawakan Sokongan Menghantar Gambar Beranimasi, GIF
October 4, 2016 Aman

WhatsApp sebelum ini telah menguji fungsi menghantar GIF pada perkhidmatan permesejan mereka. Hari ini melalui kemaskini WhatsApp Beta terbaru untuk Android, ia dilihat pengguna sudah boleh menghantar GIF kepada semua.

WhatsApp GIF

Melalui sokongan GIF ini, kini anda boleh menghantar gambar beranimasi, dan ia akan dimainkan terus pada bilik sembang tanpa perlu membukanya terlebih dahulu. Setiap gambar beranimasi dilabelkan dengan GIF pada aplikasi permesejan berkenaan.

Dengan ujian pada fasa beta ini, kita mungkin akan melihat fungsi ini turut diperkenalkan untuk semua pengguna WhatsApp dalam masa beberapa minggu lagi.

Komen