Cari @ Amanz

Pada bulan Julai 2016 yang lepas, Facebook telah mula memperkenalkan sebuah fungsi baru pada Facebook Messenger yang menawarkan sokongan penyulitan penuh untuk permesejan, disamping boleh menetapkan tempoh masa untuk sesuatu mesej sebelum ia dipadam.

Facebook Messenger Chat

Fungsi dinamakan sebagai Secret Conversation berkenaan telah diperkenalkan secara berperingkat sejak daripadanya, dan hari ini Facebook mengatakan fungsi ini sudah boleh diakses oleh semua pengguna Messenger seluruh dunia.

Menggunakannya, ia membuka tetingkap permesejan yang baru, dimana pengguna boleh menghantar teks, gambar, sticker, lokasi dan turut menetapkan tempoh had masa untuk sesuatu mesej sebelum ia dipadam.

Anda boleh mengakses fungsi Secret Conversation ini dengan tap pada nama pengguna di aplikasi mudah-alih, dan seterusnya tap pada ikon “i” dan memilih Secret Conversation. Fungsi ini hanya berfungsi pada peranti mudah-alih sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd