Google Memperkenalkan Set Realiti-Maya Daydream View – Boleh Digunakan Bersama Beberapa Telefon Android

Google Memperkenalkan Set Realiti-Maya Daydream View – Boleh Digunakan Bersama Beberapa Telefon Android

Diterbitkan pada Okt 5, 2016 oleh .

Selain memperkenalkan telefon pintar Pixel, Google juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan set realiti-maya pertama mereka, dinamakan sebagai Daydream View. Seperti Gear VR, ia perlu digunakan bersama sebuah telefon pintar Android.

Google mengatakan Daydream View ini boleh digunakan bersama telefon Pixel, atau beberapa telefon pintar lain dengan sokongannya.

Daydream View

Daydream View

Daydream View hadir dengan binaan berasaskan fabrik, dan direkabentuk untuk memberikan keselesaan ketika memakainya. Menggunakannya juga adalah agak mudah, dimana pengguna hanya perlu memasukkan telefon pintar pada bahagian yang ditetapkan, dan Daydream View akan mengenal-pasti ia secara automatik untuk memainkan kandungan realiti-maya. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan cip NFC.

Daydream View

Daydream View

Melengkapkan set realiti-maya ini adalah sebuah alat kawalan khusus bagi memudahkan anda mengawal kandungan realiti-maya, atau menavigasi ketika dalam kandungan berkenaan.

Daydream View akan dipasarkan bermula bulan November ini dibeberapa buah negara, dan dijual pada harga $79.


TIPS & ULASAN