Cari @ Amanz

Pemproses paling berkuasa di pasaran sekarang ialah Apple A10X yang bakal digunakan pada tiga model terkini iPad Pro tahun hadapan. Jawapan daripada Qualcomm ialah pemproses Snapdragon 830. Media Korea Selatan melaporkan Samsung menandatangani kontrak dengan Qualcomm untuk menghasilkan pemproses ini secara eksklusif. Teknologi 10 nm akan digunakan bagi menghasilkan pemproses yang bukan sahaja berkuasa tetapi tidak menggunakan tenaga yang banyak.

Snapdragon 830 diramalkan akan digunakan pada peranti Galaxy S8 tahun hadapan untuk pasaran tertentu. Cip ini akan dihasilkan bersama dengan Exynos 8895 yang turut menggunakan teknologi 10 nm. Dengan kuasa memproses yang semakin meningkat apakah kemampuan pada peranti pintar yang paling anda mahu menjadi kenyataan? Kami mahukan sistem kecerdasan buatan seakan Jarvis pada peranti pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd