Cari @ Amanz

Google Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi aplikasi menarik mereka untuk pasaran tempatan, iaitu YouTube Kids. Melalui aplikasi ini, ia menawarkan kandungan yang dioptimasikan untuk kanak-kanak, selain memudahkan para ibu bapa mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak mereka.

YouTube Kids

Melalui YouTube Kids, pengguna bukan sahaja boleh mengakses kandungan animasi seperti BoBoiBoy dan Didi & Friends, tetapi sebaliknya turut boleh mengakses kandungan berinformasi seperti National Geographic Kids, dan lain-lain.

Selain daripada kandungan, ibu bapa turut boleh menetapkan had masa untuk anak mereka menonton, disamping menetapkan kata laluan untuk aplikasi ini.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil dan sering menggunakan YouTube untuk mereka, mungkin boleh memua-turun YouTube Kids hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd