Maybank Kini Menawarkan Akses WiFi Percuma Di 64 Cawangan Bank

Maybank Kini Menawarkan Akses WiFi Percuma Di 64 Cawangan Bank

Diterbitkan pada Okt 5, 2016 oleh .

MaybankMaybank merupakan salah satu bank yang membuat pelaburan yang tinggi pada arena teknologi. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk paling terkini adalah sokongan MaybankPay untuk memudahkan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih tanpa mengeluarkan kad kredit.

Terbaru, mereka turut telah mula menawarkan akses WiFi percuma di bank mereka. Maybank mengatakan kini ia meliputi lebih kurang 64 cawangan bank seluruh negara.

Maybank menawarkan WiFi percuma ini untuk pelanggan mereka yang beratur menantikan urusan di kaunter. Mereka akan diberikan kata laluan untuk WiFi apabila mengambil nombor giliran, dan boleh berhubung ke internet dengan menggunakan kata laluan berkenaan untuk mengakses Maybank WiFi.

Bagi anda yang sering melakukan urusan di Maybank, mungkin boleh menyemak senarai bank yang disokong dengan Maybank WiFi ini hari ini – sekaligus membolehkan anda kekal berhubung walaupun sedang menantikan giliran anda untuk membuat urusan perbankan.

Lihat : Senarai Bank Yang Disokong Maybank WiFi


TIPS & ULASAN