5 Perkara Menarik Mengenai Oppo F1s
Artikel Berkaitan

5 Perkara Menarik Mengenai Oppo F1s

Diterbitkan pada Okt 14, 2016 oleh .

Oppo F1s sudah memasuki pasaran Malaysia sejak Ogos yang lalu. Ia mengekalkan kemampuan selfie F1 Plus tetapi pada harga yang lebih mampu milik. Kemampuannya tidak terhad kepada “pakar selfie” semata-mata. Berikut ialah beberapa lagi perkara menarik yang mampu dilakukan oleh Oppo F1s


01 – Mengunci Aplikasi Dengan Cap Jari

Privasi ialah perkara yang amat penting bagi manusia yang hidup di abad ke-21. Peranti pintar di dalam telapak tangan digunakan untuk melakukan perbankan, melayari internet, melakukan kerja dan merekod kehidupan seharian. Kesemua data yang terhasil kerap kali tidak mahu dikongsi dengan insan lain. Kami yakin anda pernah meminjam peranti kepada rakam dan mereka kemudian membuka aplikasi galeri tanpa kebenaran. Dengan Oppo F1s, aplikasi boleh dikunci bagi menghalang akses dari “rakan” seperti ini. Aplikasi boleh dinyahkunci menggunakan imbasan cap jari. Pengimbas cap jari F1s adalah antara yang terpantas pernah kami lihat di makmal peranti Amanz. Oleh itu anda tidak perlu risau perlu menanti seketika sebelum aplikasi dapat digunakan.

oppo-f1-5-perkara-2


02 -Kawalan Menggunakan Gerakan Jari

Fungsi kawalan gerakan jari (gesture) mempercepatkan proses melancarkan aplikasi. Melancarkan aplikasi dari talam aplikasi kerap kali memerlukan pengguna mengambil beberapa langkah tambahan. Sistem kawalan pergerakan jari Oppo F1s memendekkan proses ini. Aplikasi kamera misalnya boleh dilancarkan dengan melakar hurup “O” terus pada skrin peranti yang terkunci. Terdapat pilihan untuk menetapkan sendiri apakah aplikasi yang ingin dilancarkan dengan gerakan tertentu. Pada waktu yang sama melakukan tatalan menggunakan tiga jari akan menangkap gambar paparan skrin. Ini hanya sebahagian kecil fungsi kawalan jari yang disokong F1s.

oppo-f1-5-perkaara-1


03 – Talam Dwi SIM Dan Kad MikroSD Berasingan

Terdapat banyak peranti dwi-SIM di pasaran sekarang. Ini dianggap fungsi standard bagi peranti di pasaran Asia sejak setahun kebelakangan ini. Malang sekali tidak semua peranti dengan sokongan dwi-SIM ini menyokong penggunaannya sepanjang masa. Bilangan peranti dengan talam SIM hibrid semakin meningkat dan tidak diiklankan dengan betuk. Talam SIM kedua dikongsi dengan kad MikroSD. Akibatnya pengguna terpaksa memilih untuk menggunakan dua SIM ataupun menambah storan peranti. Oppo F1s ialah sebuah peranti dwi-SIM sebenar. Dua slot untuk SIM bersaiz nano tidak berkongsi dengan talam untuk kad mikroSD.

oppo-f1s-dsc08224


04 – Long Screenshot

Berkongsi artikel di antara dua media sosial berbeza kini dilakukan dengan mengambil gambar paparan screen atau lebih dikenali sebagai screenshot. Sudah menjadi kebiasaan artikel viral dari Facebook diambil gambarnya sebelum dikongsi semula ke WhatsApp ataupun Twitter. Kerana artikel Facebook yang terlalu panjang, pengguna perlu mengambil beberapa gambar paparan skrin untuk mendapatkan cerita penuh. Ini sedikit melecehkan dan sepatutnya terdapat cara yang lebih baik untuk ini dilakukan. Sokongan mengambil gambar paparan skrin yang lebih panjang disokong oleh Oppo F1s. Pengguna hanya perlu menekan butang kuasa dan butang menaikkan suara untuk mengaktifkan mod ini. Kini hanya satu gambar sudah mencukupi untuk setiap perkongsian

oppo-f1-5-perkara-3


05 – Ketahanan Bateri Yang Baik

Ketahanan bateri ialah antara faktor yang kini dianggap penting apabila melakukan pembelian peranti. Ramai di antara kita yang sudah memiliki power bank namun akui sahaja membawanya keluar rumah adalah agak leceh. Tambah leceh ialah kadang kala kita terlupa untuk mengecasnya sebelum keluar rumah. Hayat bateri yang baik ialah benteng pertama untuk mengelakkan penggunaan power bank. Dalam ujian selama beberapa minggu, secara purata bateri 3075 mAh Oppo F1s dapat bertahan melebihi 14 jam pada pengguna biasa dengan skrin terpasang sekitar enam jam setengah. Pada pendapat kami sekiranya peranti mampu berfungsi dengan skrin terpasang melebihi empat jam, ia sebuah peranti yang hanya perlu dicas sekali sehari.


Ini hanyalah ciri-ciri menarik yang terdapat pada Oppo F1s dan belum lagi diperincikan mengenai prestasi selfie yang dirakam menggunakan peranti ini. Nantikan siri artikel seterusnya berkenaan Oppo F1s pada masa akan datang.

Beli: Oppo F1s menerusi Oppo Store 

Baca: Ulasan Penuh Oppo F1s


TIPS & ULASAN