Carian
Boeing Ingin Menjadi Yang Pertama Membawa Manusia Ke Planet Marikh
October 5, 2016 Aman

Pada minggu lepas, Elon Musk telah mengumumkan perancangan untuk membawa manusia ke planet Marikh, dan membuka sebuah koloni di sana. Selain SpaceX yang diterajui oleh Elon Musk, pihak Boeing juga turut sedang melihat ke arena serupa.

Malah, CEO Boeing turut mengatakan mereka yakin yang mana manusia pertama yang meletakkan kaki di planet Marikh berkenaan akan menaiki roket Boeing.

Boeing merancang untuk menyediakan sebuah stesen khusus berdekatan bulan untuk mempelajari pelbagai perkara, dan pada masa yang sama merancang misi ke planet Marikh. Pelancongan dan percutian angkasa ini kelak dijangka akan bermula sekitar 20 tahun akan datang membolehkan sesiapa yang berminat ke angkasa atau planet-planet berdekatan.

Boeing sebelum ini telah terlibat dalam pembangunan Saturn V yang membawa manusia ke bulan. Dengan kejayaan mereka, semestinya Boeing tidak ingin ketinggalan dalam arena eksplorasi angkasa yang semakin giat diperkatakan ini.

Komen