(Ura-Ura) Disney Dikatakan Mungkin Berminat Untuk Mendapatkan Netflix

(Ura-Ura) Disney Dikatakan Mungkin Berminat Untuk Mendapatkan Netflix

Diterbitkan pada Okt 5, 2016 oleh .

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, dan turut hadir dengan sejumlah rancangan khusus untuk platform berkenaan. Netflix telah beroperasi beberapa tahun, dan pada 2016 ini, mereka telah melancarkannya untuk pasaran Malaysia.

Terkini, selain daripada desas-desus mengatakan Disney berminat dengan Twitter, kini laporan baru hadir mengatakan Disney turut berminat dengan Netflix.

Netflix

Netflix buat masa ini mempunyai kerjasama eksklusif bersama Disney untuk kandungan, termasuk untuk pelbagai filem Disney, siri-TV Marvel dan beberapa yang lain. Namun, untuk menghasilkan rancangan dan kandungan eksklusif, Netflix terpaksa membelanjakan wang yang sedikit tinggi. Pada tahun ini sahaja, ia dikatakan sekitar $6 bilion.

Untuk Disney pula, Netflix dijangka akan melengkapkan penawaran perkhidmatan mereka, dan mungkin lebih berbaloi untuk impak jenama mereka berbanding pengambil-alihan Twitter. Namun, Netflix dikatakan bernilai sekitar $45 bilion pada hari ini, dan Disney mungkin perlu mengeluarkan wang yang lebih tinggi daripadanya.

Apa pun, seperti biasa, ini hanya dikategorikan sebagai desas-desus sahaja, dan tiada komen rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.


TIPS & ULASAN