Razer Kini Menawarkan Set Realiti-Maya OSVR HDK 2 Pada Harga RM1899

Razer Kini Menawarkan Set Realiti-Maya OSVR HDK 2 Pada Harga RM1899

Diterbitkan pada Okt 5, 2016 oleh .

Penghujung tahun 2016 ini memperlihatkan sejumlah peranti realiti-maya bakal dipasarkan di Malaysia. Selain daripada PlayStation VR yang akan dipasarkan bulan Oktober ini, dan HTC Vive yang masih tidak diketahui tarikh pemasarannya, kini Razer telah mula menyenaraikan OSVR HDK 2 untuk pasaran Malaysia.

OSVR

OSVR HDK2 adalah berasaskan kepada sumber terbuka, dan ia menyokong platform OSVR dan juga SteamVR. Dari segi penawaran, OSVR HDK2 ini hadir dengan skrin 2160×1200 pixel pada kadar 90fps untuk menawarkan sokongan paparan realiti-maya yang baik.

Razer menyenaraikan set realiti-maya ini pada harga RM1899 – yang mana boleh dikatakan sedikit mahal jikalau dibandingkan dengan pesaing lain, termasuk PlayStation VR.


TIPS & ULASAN