Shopify Kini Memudahkan Jualan Dilakukan Terus Pada Facebook Messenger

Shopify Kini Memudahkan Jualan Dilakukan Terus Pada Facebook Messenger

Diterbitkan pada Okt 6, 2016 oleh .

Shopify merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan para penjual dan pemilik produk untuk memulakan kedai atas-talian mereka tersendiri. Ia bukan sahaja dilengkapi dengan sokongan membina kedai, tetapi turut memudahkan para peniaga untuk menerima bayaran melalui pelbagai platform pembayaran.

Sebagai penyedia platform e-dagang yang popular, Shopify juga merupakan antara yang pantas memperkenalkan ciri-ciri terkini. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan kemudahan untuk penjual berinteraksi dengan pengguna melalui Facebook Messenger. Hari ini, Shopify membawa ia setapak lagi ke hadapan dengan membolehkan penjual menawarkan katalog produk mereka terus didalam Facebook Messenger.

Shopify

Sekiranya fungsi ini diaktifkan, pengguna akan dipaparkan dengan butang “Shop Now” apabila berkomunikasi dengan Facebook Page penjual. Dan apabila ia ditekan, pengguna akan dipaparkan dengan katalog penuh untuk pengguna membuat pembelian.

Menariknya mengenai integrasi ini adalah pengguna boleh membuat pembelian terus dalam Facebook Messenger, malah menerima notifikasi mengenai penghantaran produk kepada mereka.

Pengenalan ciri baru ini sekaligus memudahkan bukan sahaja para peniaga dalam memasarkan produk mereka, tetapi juga memudahkan pengguna dimana mereka tidak perlu meninggalkan aplikasi Facebook Messenger. Aplikasi permesejan ini sendiri kini digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna seluruh dunia.

Bagi anda yang aktif menjual di Shopify, mungkin boleh mendaftar minat untuk mencuba fungsi baru ini di laman Shopify.

Layari : Shopify Messenger


TIPS & ULASAN