Blackberry Akan Terus Menyokong OS 10 Buat Masa Ini
Artikel Berkaitan

Blackberry Akan Terus Menyokong OS 10 Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 6, 2016 oleh .

Blackberry sudah beralih ke Android dan menarik dari dari arena penghasilan peranti. Sebaliknya mereka akan menumpukan usaha ke arah pembangunan perisian mereka yang terkenal dengan tahap sekuriti dan penyulitan yang tinggi. Sungguhpun begitu mereka tidak akan melupakan sistem operasi OS 10 keluaran mereka.

Alex Thurber, timbalan presiden bahagian jualan Blackberry ditemubual baru-baru ini dan mengesahkan mereka akan terus menyokong peranti yang masih ada di pasaran. Pada waktu yang sama beliau mendedahkan pihak Blackberry menerima tawaran dan pihak ketiga untuk menghasilkan peranti dengan OS10 di masa hadapan. Sungguhpun begitu ini masih lagi di tahap perbincangan awal. Mereka juga tidak memberikan jawapan muktamad selama manakah sokongan ke atas OS10 akan diteruskan. Masih adakah di kalangan pembaca Amanz yang menggunakan peranti dengan sistem operasi ini?


TIPS & ULASAN