Carian
Masalah Activation Lock Dilaporkan Sebilangan Pengguna iPhone 7 Dan 6S
October 6, 2016 Effi Saharudin

Activation Lock ialah sistem keselamatan yang mengunci peranti dan memaksa pengguna melakukan log masuk menggunakan Apple ID. Ini adalah bagi mengelakkan peranti yang dicuri dari digunakan oleh pembeli baru. Aneh sekali masalah Activation Lock mula dilaporkan oleh sebilangan pengguna iPhone 7 dan 7 Plus yang menerima peranti baru. Selepas peranti diaktifkan, ia meminta pengguna supaya memasukkan kata laluan akan Apple ID bukan milik mereka.

activation-lockMasalah ini turut menimpa sebilangan pengguna iPhone 6S yang menaik taraf ke iOS 10. Masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan melawat Genius Bar. Pihak Apple akan meminta bukti pembelian terlebih dahulu sebelum menetapkan semula peranti kepada tetapan asal. Walaybagaimanapun ada yang mendakwa masalah yang sama berulang mengakibatkan Apple memberikan mereka peranti gantian. Pihak Apple masih belum memberikan maklum balas mengenai isu ini. Pemilik baru pastinya kecewa kerana peranti yang baru tiba dari kedai kelihatan seperti sebuah peranti terpakai.

Komen