Zorro Macsk Membawakan Fungsi Skrin Sesentuh Kepada iMac

Zorro Macsk Membawakan Fungsi Skrin Sesentuh Kepada iMac

Diterbitkan pada Okt 6, 2016 oleh .

Tidak dapat dinafikan komputer iMac menjadi ikutan pengeluar komputer AIO Windows. Rekaan semua dalam satu memudahkan ia dipasang sejurus selepas dinyahkotak. Paling penting sekali ia mudah dibawa kemana-mana tanpa perlu risau komponen tertinggal. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini iMac mempunyai satu kekurangan berbanding AIO Windows yang wujud di pasaran. Ia masih belum menyokong fungsi skrin sesentuh.

zorro-macsk-2

Tiada komputer Macintosh menyokong fungsi ini kerana sistem operasi ini tidak direka untuk dikawal secara sentuhan. Dengan Zorro Macsk, fungsi skrin sesentuh kini disokong pada iMac 21″ dan 27″. Ia adalah panel yang dipasang pada skrin iMac dan serta merta membawakan kawalan skrin sesentuh yang boleh dilakukan pada Magic TrackPad. Picit untuk zoom dan tatalan skrin dapat dilakukan dengan lancar. Jari serta stylus turut boleh digunakan untuk melakar terus pada skrin.  Ia hanya memerlukan satu port USB untuk berfungsi dan dijual pada harga $199 (~RM 824) sebuah.


TIPS & ULASAN