Cari @ Amanz

Lenovo Phab2 Pro ialah peranti Project Tango pertama yang dihasilkan secara komersial. Ia diperlihatkan pada Jun lalu dan mensasarkan jualan pada bulan September. September berakhir tetapi peranti masih belum memasuki pasaran. Kepada yang menantikan peranti dengan kemampuan augmented reality (AR) ini penantian akan berakhir pada bulan November.

lenovo-phab2-pro-1

Peranti ini disahkan akan mula dijual bulan hadapan oleh Clay Bavor,ketua unit VR Google. Lenovo Phab2 Pro dilengkapi skrinĀ  6.4″ QHD, pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Terdapat tiga kamera pada bahagian belakang untuk tujuan pemetaan tiga dimensi. Salah satunya mempunyai sensor 16-Megapixel. Kamera selfie pula sebesar 8 Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 4050 mAh membekalkan kuasa. Harga jualan Phab2 Pro dijangka sekitar $499 (~RM 2066) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd