Aplikasi Shazam Lite Diperkenalkan Untuk Android – Saiz Bawah 1MB, Dioptimasikan Untuk 2G

Aplikasi Shazam Lite Diperkenalkan Untuk Android – Saiz Bawah 1MB, Dioptimasikan Untuk 2G

Diterbitkan pada Okt 6, 2016 oleh .

Shazam merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi mereka dalam mengenal-pasti sesuatu lagu yang dimainkan. Ia sedia ditawarkan untuk pelbagai platform, dan kini dalam usaha untuk menembusi pasaran negara membangun, mereka turut memperkenalkan aplikasi Shazam Lite.

Shazam Lite

Shazam Lite ditujukan untuk peranti berspesifikasi rendah, dan pada masa yagn sama tidak menggunakan sambungan data yang tinggi. Shazam Lite hadir dengan rekaan bersaiz dibawah 1MB, dan pada masa yang sama dikatakan boleh beroperasi dengan hanya menggunakan rangkaian 2G sahaja.

Aplikasi berbentuk “Lite” ini telah menjadi salah satu penawaran terbaru daripada pelbagai pihak, termasuk Facebook, LINE, dan beberapa penyedia perkhidmatan lain.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Shazam Lite hanya ditawarkan di beberapa negara, iaitu India, Vietnam, Indonesia, Filipina dan juga Nigeria. Ia tidak diketahui lagi bilakah Shazam Lite akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Sebagai alternatif, mungkin kita perlu nantikan APK untuknya hadir ke arena internet dalam masa terdekat.

Shazam Lite di Google Play Store


TIPS & ULASAN