Cari @ Amanz

Bagi para peminat dron, jenama DJI merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi. Pada minggu lepas, mereka telah melancarkan dron terbaru mereka dinamakan DJI Mavic Pro, dan kini untuk pasaran tempatan, dron berkenaan bakal dilancarakn pada 12 Oktober 2016 ini.

dji-mavic-pro

DJI Mavic Pro hadir dengan rekaan dron yang bersaiz kompak dan boleh-dilipat. Ini memudahkan pengguna untuk membawa ia kemana-mana tanpa mengusung sebarang beg yang besar.

Melengkapkan dron ini adalah sokongan kamera 12-megapixel yang boleh merakamkan video pada resolusi 4K 30FPS. Bateri pada dron ini mampu bertahan selama 27 minit, dan terbang sejauh maksimum 7 kilometer.

Bersama-sama DJI Mavic Pro ini, Osmo Mobile juga turut dijangka dilancarkan pada tarikh yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd