Cari @ Amanz

Dan The Man – Permainan Mudah-Alih Dengan Aksi Retro

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi anda yang pernah memainkan permainan pada konsol lama, mungkin ingat akan permainan seperti Contra, Metal Slug dan sebagainya yang membawakan bentuk permainan yang bergerak ke kanan, dan pada masa yang sama pengguna menembak dan menyelesaikan pelbagai misi.

Dengan konsep yang serupa, kini Half Brick yang popular dengan permainan Fruit Ninja, hadir dengan sebuah permainan baru yang dinamakan Dan The Man.

Dan The Man

Dan The Man membawakan permainan berbentuk side-scrolling, dan pengguna perlu menewaskan seberapa banyak musuh dan mengumpulkan ganjaran yang boleh. Ia hadir dengan beberapa mod permainan, termasuk Story Mode, dan Survival.

Permainan ini ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna peranti Android dan iOS. Seperti biasa, ia hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi yang membuang iklan dan menawarkan beberapa watak premium.


Komen ()