Carian
Mark Zuckerberg Mempertontonkan Arena Rangkaian Sosial Dalam Dunia Realiti-Maya
October 7, 2016 Aman

Mark Zuckerberg melalui Facebook telah mengambil-alih Oculus sebelum ini, dan turut memfokuskan kepada membawa arena realiti-maya setapak lagi kehadapan. Malah, beliau pernah mengatakan melalui realiti-maya, ia akan membolehkan pengguna menggunakannya sebagai teleport maya ke sesuatu lokasi, malah berhubung dengan mudah bersama rakan-rakan lain.

Kini, pada acara Oculus Connect 3, Mark Zuckerberg secara ringkas memperlihatkan bagaimana arena sosial akan kelihatan dalam dunia realiti-maya.

Sosial VR

Sosial VR

Daripada apa yang dipertontonkan oleh Mark, setiap pengguna boleh hadir dengan avatar mereka tersendiri, dan turut menggunakan kawalan khusus dalam memperlihatkan ekspresi wajah ketika bercakap atau berkomunikasi dengan lain. Dengan penggunaan realiti-maya ini, walaupun pengguna bersama rakan berada di lokasi yang berbeza, tetapi ia boleh diwujudkan untuk hadir pada lokasi sama pada sesuatu masa.

Sosial VR

Sosial VR

Melalui dunia realiti-maya juga, pengguna boleh memainkan pelbagai permainan. Disamping itu, semestinya ia turut menawarkan integrasi Facebook, membolehkan pengguna menjawab panggilan dari Facebook Messenger, ataupun berkongsi gambar selfie yang dirakamkan terus ke profil mereka.

Sosial VR

Sosial VR

Secara kasar, Mark Zuckerberg mempertontonkan keupayaan untuk kaedah baru manusia berkomunikasi melalui realiti-maya kelak – dimana ia dijana platform Facebook dan Oculus. Memandangkan pelbagai pengeluar memfokuskan kepada permainan semata-mata, mungkin integrasi sosial ini akan memberikan kelebihan kepada pihak Oculus.

Ia tidak diketahui lagi bilakah platform sosial realiti-maya ini akan ditawarkan kepada semua. Tetapi, ini boleh dikatakan sebagai langkah pertama untuknya dan mungkin kita akan dapat melihat perkembangan positif platform ini pada masa akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=JMV_MQ4KqFQ

Komen