Cari @ Amanz

Kodak merupakan jenama yang tidak asing dalam kamera. Namun, perkembangan pesat teknologi membuatkan mereka sedikit ketinggalan – tetapi jenama mereka masih kekal diingatan ramai pengguna.

Sebelum ini, Kodak telah mempelbagaikan produk mereka dengan pengenalan sebuah telefon pintar. Namun, telefon pintar berkenaan boleh dikatakan kurang dipasarkan secara meluas, malah ada yang tidak mengetahui akan kewujudan telefon pintar Kodak.

KodakPhones

Kini, bergerak kehadapan, Kodak masih tidak berputus asa dan kini hadir dengan teaser memperlihatkan akan memperkenalkan sebuah telefon pintar baru tidak lama lagi.

Apakah yang bakal dibawakan oleh telefon pintar ini masih menjadi tanda tanya. Gambar yang dikongsikan melalui teaser juga membawa persoalan sama ada ia adalah butang fizikal untuk rakaman gambar, ataupun adalah butang kuasa untuk telefon pintar. Dengan jenama Kodak, kita mungkin akan melihat telefon pintar ini lebih memfokuskan kepada beberapa ciri tambahan pada bahagian kamera.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 20 Oktober ini untuk melihat apakah kejutan daripada Kodak kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd