Sokongan Mod Akhirnya Akan Tiba Untuk Fallout 4 Dan Skyrim PlayStation 4

Sokongan Mod Akhirnya Akan Tiba Untuk Fallout 4 Dan Skyrim PlayStation 4

Diterbitkan pada Okt 7, 2016 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan pihak Bathesda menggantung pembangunan sokongan mod untuk permainan Fallout 4 dan Skyrim pada konsol PlayStation 4. Mereka menyalahkan Sony kerana tidak menyukarkan proses penghasilannya. Fungsi mod telahpun disokong pada Xbox One dan PC sejak berbulan lamanya.

Fallout-4-please-stand-byHari ini Bathesda mengesahkan sokongan mod untuk kedua-dua permainan akhirnya dengan beberapa perubahan. Pertama sekali hanya mod yang menggunakan aset di dalam permainan akan disokong. Tiada aset buatan sendiri akan dibenarkan. Sokongan mod untuk Skyrim akan tiba terlebih dahulu apabila ia dilancarkan 27 Oktober ini. Untuk Fallout 4 pula akan tiba kemudian tanpa tarikh muktamad.

Pada waktu yang sama kedua-dua permainan ini juga akan menyokong penaiktarafan grafik resolusi 4K natif apabila dimainkan di PlayStation 4 Pro. Terima kasih Bathesda dan Sony kerana mendengar permintaan pelanggan.


TIPS & ULASAN