Snap Inc Bersedia Untuk Penawaran IPO Bernilai $25 Billion

Snap Inc Bersedia Untuk Penawaran IPO Bernilai $25 Billion

Diterbitkan pada Okt 7, 2016 oleh .

Apakah nilai sebuah aplikasi? Di dalam kes Snap Inc, ia mungkin mencecah $25 Billion (~RM 103 Billion). Syarikat yang menghasilkan aplikasi media sosial popular ini sedang bersedia untuk penawaran IPO yang dijangka dilakukan Mac tahun hadapan. Nilai syarikat ini menakjubkan kerana ia baru berusia empat tahun. Pada tahun 2013 mereka pernah menolak tawaran Facebook untuk dibeli pada nilai $ 3 Billion.

spetacles-snap-incAplikasi media sosial ini semakin popular di kalangan remaja yang melarikan diri dari Facebook. Facebook sudah tidak dipandang “cool” kerana dipenuhi insan berusia seperti ibu bapa mereka. Tidak mengejutkan bagi menarik minat remaja, Mark Zuckerberg memperkenalkan fungsi seakan Snapchat pada Instagram yang turut dimilikinya.

Di dalam filem The Social Network dialog paling popularnya  ialah “Satu juta tidak cool. Tahukah anda apakah yang cool? Satu billion”. Jika filem Snapchat dihasilkan mungkin akan wujud pula dialog “3 bilion tidak cool, tahukah anda apakah yang cool? 25 billion”. Apa yang kami rasakan menarik ialah aplikasi yang mengubah wajah pengguna menjadi seperti anjing boleh mempunyai nilai setinggi ini.


TIPS & ULASAN