Grafik MAFIA III Untuk PC Dihadkan Ke 30 FPS Buat Masa Ini

Grafik MAFIA III Untuk PC Dihadkan Ke 30 FPS Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 7, 2016 oleh .

Mafia III mula dijual hari ini. Penantian selama enam tahun untuk kesinambungan kepada Mafia II akhirnya berakhir. Bagi pengguna PC, versi pada platform pilihan mereka ini selalunya mempunyai tetapan lebih tinggi berbanding konsol. Berita kurang menyenangkan hari ini ialah pada PC, pihak 2K menghadkan grafik kepada 30 FPS buat masa ini.

mafia-3-specs

Ini pastinya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna yang memiliki PC dengan pemproses dan kad grafik terkini. Pihak 2K walau bagaimanapun menegaskan pihak mereka akan mengeluarkan patch pada hujung minggu ini bagi memberikan tetapan kelajuan 30, 60 dan tanpa had untuk FPS pada PC pengguna. Sudahkah anda bersedia untuk ke New Bordeux?


TIPS & ULASAN