Nokia 301 Menyelamatkan Nyawa Pemilik Dengan Menyerap Sedas Tembakan

Nokia 301 Menyelamatkan Nyawa Pemilik Dengan Menyerap Sedas Tembakan

Diterbitkan pada Okt 7, 2016 oleh .

Nokia 3310 memang sudah dikenali sebagai peranti legenda yang tahan lasak. Hanya beberapa minggu  lalu ia terbukti lebih tahan lasak dari sebuah iPhone. Legenda peranti Nokia yang “agi idup agi ngelaban” ini diteruskan oleh Nokia 301. Peranti yang dilancarkan pada tahun 2013 ini dilaporkan menyelamatkan nyawa pemiliknya di Afghanistan.

Peluru menembusi bahagian belakang peranti tetapi menghalang dari menembusi skrin hadapan. Gambar di atas dikongsi oleh Peter Skillman yang pernah terlibat di dalam penghasilan peranti ini. Ini bukan kes pertama peranti menyelamatkan nyawa pemilik tahun ini. Hanya bulan lalu sebuah Huawei P8 Lite menyelamatkan nyawa seorang pemilik di Afrika Selatan.


TIPS & ULASAN