(Ura-Ura) Samsung Mungkin Membuang Butang Home Pada Galaxy S8

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Membuang Butang Home Pada Galaxy S8

Diterbitkan pada Okt 7, 2016 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk Samsung memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga “Galaxy S” pada suku pertama setiap tahun – sekitar bulan Februari atau Oktober. Dengan kehadiran tahun 2017 yang semakin dekat, kini beberapa desas-desus berkaitan dengan telefon pintar berkenaan telah pun mula kedengaran.

Samsung Galaxy S7

Kini, melalui sebuah laporan dari Korea Selatan, Samsung dikatakan akan membawa perubahan yang besar pada rekaan telefon pintar Galaxy S8 kelak. Salah satunya, Samsung dijangka akan membuang butang Home pada telefon pintar mereka. Ini bermakna, kita mungkin akan melihat Samsung mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari terus pada skrin mereka kelak.

Disamping itu, dengan populariti dwi-kamera, Samsung dilihat turut tidak ingin ketinggalan dan dijangka bakal mengintegrasikan sokongan dwi-kamera pada Galaxy S8.

Dengan hanya beberapa bulan lagi menjelang Februari 2017, mungkin kita akan mendengar beberapa perkara tambahan atau mungkin dapat melihat gambar tertiris dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN