Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa – untuk sebuah acara yang dijadualkan pada penghujung bulan ini, 26 Oktober kelak. Microsoft melalui jemputan berkenaan, mengatakan akan berkongsi apakah seterusnya untuk sistem operasi Windows 10.

26 Oktober

Microsoft dikatakan akan hadir dengan dua kemaskini bessar untuk Windows 10 pada 2017, dan mungkin melalui acara ini, mereka akan berkongsi beberapa perkara berkaitan dengannya – termasuk fungsi-fungsi baru yang bakal hadir.

Disamping itu, Microsoft turut dijangka memperlihatkan sejumlah produk baru daripada para pengeluar lain – termasuk produk berjenama Surface mereka tersendiri. Mengikut desas-desus, Microsoft dijangka memperlihatkan tetikus, papan kekunci dan juga komputer Surface AIO pada acara berkenaan.

Seperti biasa, kita akan mendapat jawapan untuk segalanya pada 26 Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd