Cari @ Amanz

Pada IFA 2016 yang diadakan bulan September 2016 lepas, pihak Huawei telah memperkenalkan beberapa produk baru, dan salah satunya adalah tablet terbaru mereka, iaitu Huawei MediaPad M3.

Lanjutan daripadanya, kini, pihak Huawei Malaysia telah mula menawarkan teaser, memperlihatkan tablet Huawei MediaPad M3 ini akan hadir ke pasaran tempatan.

Huawei MediaPad M3

Tablet Huawei MediaPad M3 ini memfokuskan kepada kemudahan anda menikmati pelbagai kandungan multimedia melaluinya. Ia hadir dengan skrin 8.4-inci papara resolusi 2K. Selain paparan yang sangat jelas, Huawei turut bekerjasama dengan pihak Harmon Kardon untuk menawarkan kualiti audio yang baik melalui tablet ini.

Dari segi spesifikasi, tablet ini menggunakan cip Kirin 950, kamera belakang dan hadapan 8-megapixel, memori 4GB RAM, bateri 5100mAh dan storan 64GB.

Tiada tarikh yang diberikan buat masa ini oleh Huawei Malaysia. Memandangkan mereka telah hadir dengan teaser untuknya, maka mungkin kita akan melihat ia dipasarakan dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd