Cari @ Amanz

Opera Max merupakan salah satu aplikasi yang disediakan oleh pengeluar pelayar web terkemuka Opera dalam memudahkan pengguna mengawal penggunaan data mereka – dan pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data oleh pelbagai aplikasi dalam telefon pintar.

Terkini, mereka turut menyertakan sebuah mod tambahan pada Opera Max, iaitu memberikan lebih kawalan dengan apa yang diakses oleh aplikasi dan memberikan lebih privasi kepada pengguna.

Opera Max

Dinamakan sebagai Privacy Mode, pengguna boleh melihat apakah aplikasi yang sering menghantar dan menerima data dari luar, sekaligus mungkin memberikan kesan kepada pengguna. Pengguna seterusnya boleh melihat perkara ini, dan menghalang pelbagai tracker yang memantau aktiviti anda – termasuk iklan.

Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Opera, dan akan hadir kepada semua pengguna Opera Max tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd