Cari @ Amanz

Sebuah acara khas akan diadakan oleh Microsoft pada 26 Oktober hadapan. Ramai menjangkakan mereka akan melancarkan komputer Surface AIO pada tarikh tersebut. Papan kekunci untuk komputer desktop ini tertiris ke arena web. Warna papan kekunci ini menyamai warna panel belakang komputer tablet Surface yang dihasilkan. Turut kelihatan ialah tetikus yang berpadanan. Kedua-dua peranti input ini menggunakan teknologi Bluetooth.

surface-keyboard-1

Selain daripada itu beberapa maklumat baru mengenai Surface AIO diketahui. Ia dijangka dilengkapi skrin 27″ dengan resolusi 4K. Rekaan pula adalah seperti di bawah yang diambil dari paten yang difailkan oleh Microsoft sebelum ini. Ia jelas mempunyai rekaan yang menarik dan mengingatkan kami kepada AIO Dell Inspiron 23″ yang pernah kami ulas tahun lalu.

surface-aio-paten-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd