Google+ Communities Akan Mula Memaparkan Perkongsian Secara Algoritma, Bukan Kronologi Lagi

Google+ Communities Akan Mula Memaparkan Perkongsian Secara Algoritma, Bukan Kronologi Lagi

Diterbitkan pada Okt 9, 2016 oleh .

Pelbagai laman sosial mula mengintegrasikan sokongan paparan berasaskan algoritma dalam membolehkan para pengguna tidak tertinggal perkongsian yang diminati oleh mereka. Ia telah dipopularkan oleh Facebook, malah diikuti di Instagram, Twitter dan sebagainya.

Google Plus

Kini, Google turut mengimplementasikan sokongan sama pada perkhidmatan sosial yang kurang digunakan ramai, iaitu di Google+ Communities. Ia kini akan dipaparkan secara algoritma dan bukannya mengikut kronologi lagi. Tetapi, pengguna diberikan pilihan untuk mengubahnya pada bahagian tetapan untuk komuniti.

Perkara ini mungkin telah dijangka ramai, memandangkan Google sedia mengimplementasikan perkara tersebut pada halaman utama mereka di Google+. Dengan perubahan ini, kita mungkin akan melihat Google+ Communities secara tidak langsung berjaya mengatasi masalah spam, dan hanya memaparkan perkongsian yang menerima interaksi untuk semua pengguna.


TIPS & ULASAN