Noto – Muka-Taip Daripada Google Yang Menyokong Lebih 800 Bahasa

Noto – Muka-Taip Daripada Google Yang Menyokong Lebih 800 Bahasa

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Kadang-kala, ada kalanya ketika anda menggunakan pelbagai bahasa dalam tulisan, ada beberapa tulisan yang tidak diperlihatkan disebabkan oleh kekangan sokongan sesuatu muka-taip. Ketidak-paparan ini dinamakan dinamakan sebagai Tofu – dimana tulisan berkenaan diperlihatkan dalam bentuk kotak-kotak kosong.

Kini untuk mengatasinya, Google bekerjasama dengan Monotype untuk hadir dengan sebuah muka-taip baru dinamakan sebagai Noto. Ia dinamakan sebagai Noto hasil daripada perkataan “No Tofu” dan ingin memaparkan semua jenis tulisan dalam bahasa berbeza.

Buat masa sekarang ini, ia menyokong lebih 800 bahasa, dan muka-taip ini ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka.

Melalui muka-taip ini, Google bukan sahaja ingin menyertakan pelbagai bahasa pada satu muka-taip, tetapi pada masa yang sama membolehkan semua pengguna berkomunikasi secara digital dengan efektif, dan pada masa yang sama memelihara semua jenis tulisan dalam sejarah manusia.

Tulisan ini akan mula digunakan secara meluas pada pelbagai produk dan peranti Google, dan bagi anda yang ingin menggunakannya, anda boleh memuat-turun muka-taip ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun Google Noto


TIPS & ULASAN