(Ura-Ura) Surface Phone Dikatakan Akan Hadir Sekitar Penghujung 2017 Atau Pada 2018

(Ura-Ura) Surface Phone Dikatakan Akan Hadir Sekitar Penghujung 2017 Atau Pada 2018

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Microsoft pada tahun ini dilihat agak kurang memfokuskan kepada pengeluaran peranti Lumia baru – sekaligus membawa kepada impak pengurangan jualan peranti berasaskan Windows Phone. Walaubagaimanapun, bagi para peminat platform berkenaan, ramai yang menantikan Surface Phone yang sebelum ini diperkatakan akan hadir pada tahun 2017.

Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Microsoft mungkin memperkenalkan Surface Phone (sekiranya ada) sekitar penghujung 2017 atau pada tahun 2018 kelak.

Microsoft sebelum ini telah diperkatakan beberapa kali menangguhkan Surface Phone – supaya dapat melancarkan ia selepas Windows 10 Redstone 2 kelak.

Sekiranya benar Surface Phone akan hanya hadir sekitar 2018 kelak, maka ia mungkin sedikit memberikan cabaran kepada platform Windows Phone pada tahun hadapan – apatah lagi peminat platform berkenaan mungkin melihat kepada beberapa alternatif lain.

Pada tahun ini sahaja, peranti Windows Phone yang mencuri perhatian ramai adalah HP Elite X3, yang mana akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober 2016 ini.


TIPS & ULASAN