Kaca Mata Pintar Epson Moverio BT-300 Akan Hadir Ke Malaysia Pada 2017

Kaca Mata Pintar Epson Moverio BT-300 Akan Hadir Ke Malaysia Pada 2017

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Selain dari pengumuman EB-L25000U iaitu projektor terbaru Epson yang pertama di dunia yang mempunyai kadar 25,000 Lumens, mereka turut mengumumkan kesediaan kaca mata Moverio terbaru, iaitu Moverio BT-300.

Moverio merupakan siri kaca mata pintar dari Epson. Versi pertama iaitu BT-200 telah diperkenalkan oleh Epson di acara IFA tahun 2015. Bagi siri terbaru BT-300 ini, ia telah direka 20% lebih ringan berbanding model terdahulu. Ia mempunyai projektor kecil pada kedua-dua belah kanta yang menghasilkan paparan OLED (Organic Light Emitting Diode). Ia juga mempunyai resolusi 720p dan kaca mata pintar ini dihubungkan dengan satu alat kawalan yang mempunyai butang seperti peranti Android, dan kawalan tahap bunyi serta pad sesentuh.

epson-moverio-bt-300-img_3762

epson-moverio-bt-300-img_3757

Antara spesifikasi lain peranti ini termasuklah kamera hadapan 5MP yang boleh merakam video dan gambar, serta digunakan bagi tujuan mengesan ruang dan dimensi pengguna. Bagi tujuan privasi, terdapat LED yang akan bernyala sewaktu kamera beroperasi. Ia juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom.

Kaca mata yang menyokong Augmented Reality ini akan memaparkan maklumat yang relevan mengikut apa yang sedang dilihat pengguna. Ia boleh digunakan dalam pelbagai bidang, antaranya kesihatan, industri kilang, pendidikan dan pelbagai lagi.

epson-moverio-bt-300-img_3787 epson-moverio-bt-300-img_3770

Dalam bidang ini, Epson turut menyatakan yang akan bekerjasama dengan penggiat industri bagi membangunkan aplikasi yang boleh digunakan pada Moverio. Aplikasi yang dihasilkan boleh diakses menerusi Moverio Apps Market. Mereka juga telah bekerjasama dengan DJI dan pengguna boleh menggunakan kaca mata Moverio sewaktu menggunakan dron DJI dan melihat dari sudut pandang pertama kamera yang terdapat pada dron ini.

Kaca mata pintar ini akan hadir ke pasaran Malaysia seawal suku pertama tahun 2017. Buat masa ini, tiada harga diumumkan, ,namun Epson mengatakan untuk menjualnya dibawah harga USD 1,000.

epson-moverio-bt-300-img_3771


TIPS & ULASAN