Perkhidmatan Panoramio Dihentikan 4 November Ini

Perkhidmatan Panoramio Dihentikan 4 November Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Laman perkongsian gambar berdasarkan lokasi GPS Panaromio akan menamatkan operasi pada 4 November. Selepas tarikh ini kemampuan  memuat naik gambar, meninggalkan komen dan menghasilkan akaun baru tidak lagi aktif. Kepada pengguna sedia ada, mereka boleh memuat turun kesemua gambar yang telah dimuat naik sehingga November 2017.

Kesemua gambar yang telah dimuat naik juga akan secara automatik disimpan di dalam akaun Google Photos.Panoramio memulakan operasi pada tahun 2005 oleh Joaquín Cuenca Abela dan Eduardo Manchón Aguilar. Ia diambil alih oleh Google pada tahun 2007 dan beberapa fungsi Panoramio kini wujud di dalam Google Maps. Selamat tinggal Panoramio.


TIPS & ULASAN