Apple Watch Series 2 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 21 Oktober 2016

Apple Watch Series 2 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 21 Oktober 2016

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Apple telah berkongsi harga jualan untuk jam tangan pintar terbaru mereka, Apple Watch Series 2 ketika pelancaran tempoh hari. Kini, pihak Apple melalui laman web rasmi mereka turut memperlihatkan yang mana jam tangan pintar berkenaan akan ditawarkan di Malaysia bermula 21 Oktober 2016 ini.

Apple Watch Series 2

Apple Watch Series 2 hadir dalam pelbagai variasi, dan model paling asas dengan saiz 38mm ditawarkan bermula RM1649, sementara model bersaiz 42mm pula ditawarkan bermula RM1749.

Pada jam tangan generasi baru ini, Apple menyertakan cip pemprosesan yang lebih pantas, selain turut menyertakan ia dengan sokongan kalis air sehingga 50 meter. Apple turut menyertakan sokongan GPS pada jam tangan pintar baru ini.

Bagi anda yang meminati jam tangan Apple Watch Series 2, mungkin boleh tandakan kalendar anda untuk tarikh 21 Oktober ini, dan mendapatkannya melalui saluran rasmi Apple – sama ada melalui web atau pengedar seluruh negara.


TIPS & ULASAN