Grab Mengemaskini Harga Tambang Per km – Kini Bermula RM1.10/km

Grab Mengemaskini Harga Tambang Per km – Kini Bermula RM1.10/km

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Grab dalam terus bersaing dengan Uber, kini telah mengumumkan mereka akan mengurangkan harga tambang untuk tempahan Grab bermula daripada 11 Oktober 2016 ini.

Grab akan mengubah caj per kilometer mereka kepada RM1.10/km untuk Lembah Klang berbanding RM1.30/km. Walaupun perkara ini tidak membawakan perubahan harga yang besar, tetapi untuk jarak perjalanan yang jauh, pengguna boleh melihat perbezaan harga dalam beberapa ringgit.

Grab Harga Baru

Perubahan harga ini hanya efektif di Lembah Klang sahaja, dan tertakluk untuk masa luar-puncak. Daripada contoh yang diberikan oleh Grab, kini perjalanan daripada Bangsar ke KLCC sekitar RM11 sahaja, berbanding dengan sebelum ini yang mungkin mencapai RM17.

Grab Harga Baru


TIPS & ULASAN